Foto :: FB Gobok The Boutique
Email :: ethabahrom@gmail.com
Untuk 'menghidupkan' butik yang beroperasi dari rumah bukanlah perkara yang mudah. Rata-rata pelanggan beranggapan umpama mereka datang ke rumah saya sedangkan kawasan butik terpisah dari kawasan kediaman kami sekeluarga. Sedangkan jika kita ke Indonesia atau kita lihat balik perniagaan cara dulu-dulu, adalah perkara biasa jika kita berniaga di dalam kawasan rumah kediaman. Saya sendiri pernah berniaga makanan ringan, buah-buahan, air dan aiskrim di halaman rumah.
Pelbagai program saya susun supaya pelanggan tahu yang saya masih berniaga dan Gobok masih beroperasi dengan konsep yang berbeza.
Pelbagai program saya susun supaya pelanggan tahu yang saya masih berniaga dan Gobok masih beroperasi dengan konsep yang berbeza.
Sepanjang tahun 2015, saya mengadakan beberapa acara jualan ala 'Yard Sale'
di perkarangan rumah di mana saya menjemput peniaga-peniaga kecil untuk
datang berniaga bersama-sama saya. Saya manfaatkan beberapa ruang di
kediaman saya sebagai kelas untuk di sewa. Saya menganjurkan kelas kraf untuk kanak-kanak
dengan menjemput guru kraf sebagai pemudah-cara. Bila ada kesempatan, saya bercucuk-tanam menanam pokok bunga Ros Jepun dan jual di kelab-kelab pokok bunga di internet.
Kelas Eksplorasi Kraf Felt |
Kelas Manik 3D |
Mudahnya bila bekerja dari rumah. Saya mula memandang kejadian
pecah-masuk di butik sebagai satu petanda dari Allah yang memberi
lorong kepada saya supaya tidak terus terkejar masa dan kelam-kabut
menguruskan segalanya. Saya keluar dari kepompong rasa ralat dan kecewa. Saya
kenang kembali bagaimana saya memulakan perniagaan dalam talian suatu
masa dahulu. Saya kenang kembali perit-jerih saya memulakan perniagaan bersama ayah saya. Saya ingat kembali bagaimana saya tidak gentar mencari pengalaman di negara asing. Keadaan lebih teratur walaupon saya andaikan yang saya
terpaksa bermula kembali dari bawah. Saya lelong stok-stok
yang tersimpan. Ada yang langsung tak sempat saya pasarkan. Tak mengapa.
Memandang dari sudut positif, You Are Never Too Late or Too Old to
Start a New Dream.
No comments:
Post a Comment