Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com
Tahun 2013 merupakan tahun yang sukar bila saya hamil dengan anak ke-4. Alahan yang agak teruk membuatkan saya hampir tak mampu untuk ke butik. Waktu kerja saya mula tidak menentu. Keadaan tersebut berlarutan sehingga saya melahirkan.

Memperlahankan momentum perniagaan di saat
kita di hebahkan di kaca TV dan keluar di dalam surat khabar bukanlah 1
perkara yang bijak. Saya mula merasakan bahang tekanan kerana terlalu
banyak hendak di buat sambil menjaga 4 orang anak.
Walaupon suami ada menjadi tulang-belakang saya dan beliau sentiasa
menggalakkan, saya sendiri merasakan tekanan kerana segalanya agak sukar
dek kerana pengurusan masa yang semakin menghendakkan saya memberi
perhatian lebih kepada 2 anak kecil saya. Saya perlu mencari solusi. Rakan saya pernah berkata, "If you can't walk through it, walk around it". Menyedari yang saya pada waktu itu kurang pilihan, lalu saya nyatakan kepada
suami untuk membuka ‘pejabat kecil’ di tingkat bawah rumah sebagai satu solusi agar saya boleh bekerja.
Dipenghujung tahun 2013, saya membawa semua mesin jahit yang ada pulang ke
rumah. Saya sediakan tempat bekerja saya lengkap dengan segala keperluan
pejabat. Saya tambah 2 mesin lagi supaya saya tidak perlu keluar dari
rumah untuk urusan-urusan kecil. Urusan di butik telah berubah masa dan konsep
bila pelanggan yang datang hanya dengan temu janji dan saya
membuka butik sepenuh hari hanya pada hujung minggu. Walau dengan cara
sedemikian yang kelihatan tidak praktikal untuk sesetengah perniagaan, saya masih mampu bertahan dengan mengambil tempahan jahitan dan hantaran. Saya tetap menjalankan perniagaan di dalam talian dan meneruskan projek dropship.
Saya cuba lakukan apa yang sesuai dengan keperluan saya. Saya menasihati diri saya supaya tidak terlalu mengikut apa yang trending kerana ianya mungkin tidak sesuai dengan keperluan saya pada waktu itu. Berbahagialah untuk mereka yang mampu pecut jauh. Ingat pada kisah kura-kura dan arnab. Walaupon kura-kura perlahan dan kelihatan seperti lembap, konsisten dan fokus membuatkan dia berjaya ke garisan penamat dan menang di hujung cerita. Cuma saya bukan mahu menang, saya mahu hidup.
.

No comments:
Post a Comment