Saturday, January 14, 2017

Risiko Berniaga Mula Terasa

Berhati-hati Bila Melabur 
 
Teks :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com

Sekitar tahun 2010, saya mengambil keputusan untuk menjadi antara pengedar utama t-shirt muslimah buat satu jenama perniagaan orang melayu yang baru bertapak. Saya beranikan diri mengeluarkan modal walaupon sampel t-shirt masih belum saya terima. Saya tersilap langkah bila memandang populariti individu itu sebagai kredibiliti.

Sejak awal lagi, sistem perniagaan yang dibuat telah menunjukkan tanda-tanda bahawa jenama ini tidak mampu untuk bertahan lama. Akan tetapi, saya cekalkan hati dengan mengatakan bahawa ini perkara biasa untuk sesuatu yang baru di dalam pasaran.

Buat seketika, permintaan t-shirt ini memang luar biasa hebatnya. Saya mempunyai lebih 20 agen yang berhubung secara langsung dengan butik saya. Tiba-tiba, satu demi satu rungutan dari agen tentang jenama ini saya terima. Bermula dari harga jualan saya yang lebih mahal berbanding harga borong di premis perniagaan pengeluar, sehinggalah masalah saiz yang tidak seragam. Rungutan sebegini menjejaskan kitaran pendapatan dan hubungan saya dengan peniaga lain. Semakin hari, semakin banyak stok yang dipulangkan oleh agen berbanding dengan yang terjual. Sampai di suatu tahap, saya terpaksa melelong stok t-shirt yang ada di bawah paras modal untuk mengelakkan lebih banyak kerugian.

Akhirnya setelah saya rasa tiada kesepakatan antara saya dan pengeluar, saya dengan sendirinya menghentikan urusan dan mengusahakan projek dropship baju kurung yang di import dari negara China bersama beberapa rakan peniaga lain.

Pada masa yang sama, saya di temuramah untuk satu rancangan di stesen TV yang berbentuk motivasi buat wanita. Entah kenapa, saya merasakan satu semangat lain bila saya menjawab soalan yang diajukan. Saya termotivasi dengan kata-kata saya sendiri. Saya bangkit dari kegagalan saya. Saya perlu bangun dan tidak hanyut dengan rasa gagal.





.

No comments:

Post a Comment