Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB The University of Tulsa Alumni Association
Email :: ethabahrom@gmail.com
Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB The University of Tulsa Alumni Association
Email :: ethabahrom@gmail.com
Email :: ethabahrom@gmail.com
Masyarakat kita, bila kita sebut yang kita seorang surirumah, kita dibayangkan sebagai mereka yang kurang berpelajaran atau kurang pergaulan atau kurang berpengetahuan. Bila kita sebut berniaga online pula, tanggapannya ialah kita duduk di depan komputer sepanjang hari, chatting dan melayari internet tanpa henti. Bila kita kata kita dulu habis belajar sampai ke universiti tetapi tidak bekerja dan menjadi surirumah, lebih dahsyat maklum balas yang kita terima. Antara yang selalu saya terima ialah "Dah kata, perempuan kalau belajar tinggi mana pon, ke dapur juga", "Buat penat je...", "rugi je belajar tinggi-tinggi" dan macam-macam lagi.
Siapa macam saya?
Saya mendapat pendidikan awal saya di sekolah-sekolah daerah Ampang. Kemudian, saya ke Maktab Rendah Sains MARA. Setelah mengambil SPM pada tahun 1993, saya menyambung pelajaran di salah satu Kolej Komuniti MARA. Berjaya menepati syarat-syarat penganjuran pelajaran MARA, saya ke Amerika Syarikat dan tamat belajar pada tahun 1998 dengan Bachelors of Science Degree di dalam bidang Management Information Systems. Di kesempatan itu juga, saya mencukupkan minor saya di dalam jurusan Marketing.
Saya bekerja di Amerika Syarikat selama 2 tahun sebelum pulang ke tanah air. Sewaktu saya bekerja, saya sempat berkhusus di dalam bidang Perkhidmatan Pelanggan. Kerja-kerja saya semasa di sana semuanya menjurus kepada perkhidmatan pelanggan gaya Amerika (saya kata gaya sebab di tempat lain mungkin tidak guna falsafah yang sama). Pencarian ilmu saya tidak habis di situ kerana saya berterusan dengan mengambil kursus-kursus sijil di dalam pemasaran, penjenamaan, import-eksport, perisian komputer, photo-editing, pembangunan website, menjahit dan banyak lagi.
Ilmu itu tidak akan habis jika kita cari. Pendapat saya, sijil atau ijazah atau apa saja scroll yang kita dapat ialah bonus untuk kita jika kita berjaya menyelesaikan sesuatu program. Ianya satu pengiktirafan. Jangan rasa rugi jika kita terpaksa bertukar bidang kerana ilmu yang ada walau sedikit pasti berguna jika kita mampu menggunakannya di dalam bidang lain. Cuba cari kaitannya dengan kehidupan seharian kita. Jangan cepat berputus asa jika apa yang kita mahu bukan apa yang kita dapat. Yakinlah yang Allah sentiasa jaga kita.
No comments:
Post a Comment