Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com
Pada tahun 2012, bermulalah projek dropship baju kurung saya. Projek ini saya buka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar, ibu-ibu SAHM serta
WAHM dan mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Konsepnya ialah kerja berpasukan. Tak perlu modal, tapi kena rajin dan wajib sepakat dan bekerjasama.
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com
Nampak mudah projek
sebegini, tetapi sebenarnya memerlukan kemahiran pengurusan masa, tenaga
dan kos serta kepercayaan yang tinggi. Apalagi bila projek ini mempunyai lebih 20 agen yang aktif dan separa aktif. Saya melaburkan sebahagian tabungan
dari perniagaan untuk menambah stok. Hampir tak menang tangan dibuatnya
bila rata-rata agen saya memang sangat aktif dan ligat mencari rezeki.
Mujurlah saya memang multi-tasking sejak dulu. Semuanya saya lakukan
sendiri dibutik bertemankan anak saya yang ke-3 yang berumur 2 tahun
pada waktu itu.
Anak saya sentiasa bersama saya pada waktu bekerja. Malah jika saya ke luar negara atau berniaga di bawah khemah sekali pon, anak saya pasti saya bawa bersama. Prinsip saya, seboleh-bolehnya jangan disusahkan orang lain dengan masalah kita. Masalah saya, saya tidak ada pembantu. Memberi kepercayaan kepada orang lain selain adik saya merupakan satu perkara yang sangat sukar buat diri saya pada ketika itu. Apalagi setelah mendengar cerita rakan-rakan peniaga yang kerugian akibat barang jualan di curi dan di rompak pekerja sendiri. Belum lagi hal pengeposan barang jualan yang salah, yang rosak dan hilang sebelum sempat ke pejabat pos. Malah saya sendiri pernah berdepan dengan bakal pekerja yang sangat demanding - awal-awal saya 'reject' sebelum saya sakit kepala.
Islamic Communication Exhibition (ICE) Fashion Show, Melaka - 26 Feb 2012 |
Pada tahun itu juga saya membeli 2 buah mesin jahit untuk kegunaan kerja-kerja menjahit. Saya mula mengambil kelas menjahit walaupon saya sudah
tahu menjahit. Saya mula mengeluarkan jubah-jubah rekaan saya sendiri yang
produksinya hanya sehelai setiap keluaran. Bermulalah 1 cabang
perniagaan lain iaitu mengambil tempahan menjahit jubah. Saya telah
diajak oleh seorang rakan perniagaan untuk menyertai Pertunjukan Fesyen.
Syukurlah saya mempunyai rakan perniagaan yang tidak lokek untuk berkongsi.
Muslimah Fashion Show for Charity, Ampang - 13 May 2012 |
Tahun 2012,
saya dapat menyertai 2 pertunjukan fesyen. Walaupon tidak setaraf pereka fesyen atau pemilik butik terkenal, namun
saya berpegang kembali dengan niat berniaga dan menjahit. Saya bangga dengan pencapaian kecil saya. Pada
penghujung tahun 2012, saya telah diwawancara untuk 1 slot di dalam
rancangan Seleksi Hijab yang ke udara pada tahun 2013. Bermulalah saya
dengan projek menjahit pakaian khusus untuk mereka yang bertubuh besar
atau mempunyai potongan badan istimewa.
Sessi rakaman Seleksi Hijab, 22 November 2012 |
Tahun yang produktif pada saya. Ditambah lagi berita gembira yang saya hamil anak ke-4 pada waktu itu. Rezeki berganda. Alhamdulillah.
.
.
.
No comments:
Post a Comment