Monday, January 16, 2017

BACALAH!

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com


 

Bila sebut hal membaca, saya ada masalah. Saya seorang yang suka 'baca' gambar. Biar banyak kali saya kata pada diri sendiri "Do not judge the book by its cover", saya tetap tengok gambar juga (apa kena-mengena dengan tajuk?). Jadi, kalau saya memang kena membaca, saya akan mengambil masa yang lama dan habislah kerja lain tidak dapat saya siapkan. Jika dulu saya mampu menghabiskan satu novel setebal buku biografi Tun Dr Mahathir tu dalam masa seminggu, terus-terang saya cakap yang buku Tun tu dah lama suami saya belikan, tapi saya belum habis baca.



Ini memang rak buku-buku kegemaran suami. Ada diantaranya juga ialah kegemaran saya. Antara genre kegemaran saya ialah yang berunsurkan motivasi, inspirasi dan biografi. Di rak lain, saya ada buku-buku yang terdiri dari novel seram dan misteri. Yang paling banyak dalam koleksi saya ialah buku-buku panduan menjahit pakaian, memanik, kraf untuk kanak-kanak dan perlancongan. Tidak kurang juga pelbagai majalah yang berunsurkan dekorasi rumah dan laman, perkahwinan dan penjagaan pokok.

Saya tidak suka beri buku ke pusat kitar semula. Jadi saya masih simpan segala buku sekolah yang saya ada. Saya pon tak tahu saya ikut perangai siapa. Hoarder kah saya?









.

No comments:

Post a Comment