Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Sumber Google
Email :: ethabahrom@gmail.com
Saya tidak ingat tahunnya. Mungkin 2006, mungkin juga 2007. Tetapi saya ingat lagi pertama kali saya berniaga di downtown Cheras. Malam itu ialah malam Selasa. Hari Raya Aidilfitri di tulis jatuh pada hari Rabu di dalam kalendar.
Saya datang berniaga seawal selepas berbuka puasa bersama adik dan suami. Kami tidak mempunyai expectation yang tinggi. Sebenarnya kami sendiri tidak pasti jualan apa yang bakal laris. Kami bawa sahaja semua stok pakaian yang ada dan gantungkan. Doa saya pada waktu itu, janganlah hujan kerana saya memang tak bersedia untuk basah.

Waktu berlalu, kunjungan makin ramai. Baju saya cantik dan unik. Tetapi tidak ada siapa yang pandang, jauh sekali nak membeli. Puas saya sapa adik-adik yang lalu-lalang. Susah rupanya nak tarik perhatian orang di kawasan sebegini.
Untuk seketika, kami termenung dan memandang sesama sendiri. Menyampah dengan jiran khemah sebelah yang meletakkan pelbagai barang di depan khemah, di tengah laluan, saya mengambil mannequin yang asalnya di dalam khemah lalu meletakkanya ke luar khemah di depan khemah kami.
Taktik itu menjadi rupanya. Satu demi satu pelanggan kami terima yang berakhir dengan pembelian. Malam itu menjadi malam yang sangat panjang di mana hampir separuh stok saya terjual. Permulaan yang baik pada saya. Hasil jualan yang mencecah RM2000 dalam satu malam. Mungkin sedikit pada orang lain. Pada kami, ianya jumlah yang banyak.
Pelbagai pengalaman kami timba pada malam itu. Antaranya pengurusan duit tukaran, susunan barang jualan dan plastik kat mana? Hahaha...pasal plastik tu memang buat kami kelam-kabut. Sibuk nak menjual sampai terlupa sediakan plastik. Bukannya tak ada, tetapi plastik tersorok di dalam guni. Huru-hara kami mencari.
Satu insiden yang menyentuh perasaan kami suami-isteri bila khemah kami dikunjungi oleh sepasang suami-isteri yang baru berkahwin. Suami tersebut mahu membelikan isterinya sepasang baju raya. Tetapi wang yang ada di dalam dompet suami tidak mencukupi. Si suami tidak perasan yang suami saya sedang berdiri di belakang khemah untuk mengambil angin seketika. Suami saya ternampak jumlah yang ada di dalam dompet dia.
Untuk beberapa ketika, kelihatan mereka seperti berbincang. Suami memujuk. Isteri menunjukkan wajah sedih. Isteri mengangguk, mereka berlalu pergi. Selang beberapa minit kemudian, si suami datang kembali bertanyakan harga sepasang pakaian yang saya jual. Dia mula menawar. Dia menunjukkan reaksi resah dan berlalu pergi lagi. Beberapa lama kemudian, mereka suami-isteri datang lagi. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan jam 4 pagi. Dari mata si isteri, saya rasa dia baru lepas menangis. Saya menoleh memandang wajah suami saya dan beliau memberi isyarat untuk meletakkan harga yang pada saya mmg hanya lepas kos sahaja. Saya ke belakang untuk bercakap dengan suami saya. Nasihat suami saya "Kita dah ada untung. Tak apalah rugi sikit. Kesian kat dia."
Pada waktu itu, tidak ada wajah yang lebih menggembirakan saya selain dari wajah gembira pelanggan saya. Si suami bersalaman dengan suami saya sambil memeluk suami saya berkali-kali. Saya tidak tahu apa cerita mereka. Yang saya pasti, adakalanya perbuatan baik yang sedikit itu mungkin sangat besar pengertiannya bagi mereka yang memerlukannya.
Begitulah cerita suatu malam semasa saya mula-mula belajar berniaga di downtown. Dari berniaga di bawah 1 khemah pada tahun itu, kami berakhir dengan 4 khemah pada tahun 2010. Pengalaman yang tidak mampu di beli dengan wang ringgit.

No comments:
Post a Comment