Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com
Home Boutique Waktu Mula-Mula Berpindah ke Rumah |
Bila ada rakan yang sudah lama tidak berjumpa datang berkunjung ke rumah, soalannya pasti menjurus kepada bagaimana saya menguruskan rumah dan kerja dalam masa yang sama. Ada yang ingin tahu mengapa saya pindahkan butik ke rumah. Ada yang sekadar mengagumi sambil mengatakan bahawa saya beruntung kerana ada suami yang memahami, mahu bekerjasama dan yang paling penting, mempunyai pendapatan tetap dari gaji bulanan. Mana boleh saya sangkal bab beruntung tu, tetapi bila diceritakan rutin harian saya yang penuh dan sarat setiap hari, pasti soalan yang keluar ialah "Tidak mahu cari pembantu ke?". Jangan kagumi saya, saya seperti ibu-ibu yang lain. Sama.
Bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin dari kerja-kerja lain yang ada terutamanya bila kita memegang jawatan “SURIRUMAH SEPARUH MASA” dan “IBU SEPENUH MASA” dan “USAHAWAN”. Belum lagi jika saya gunakan nama "Chief Operating Officer", "House Manager", "Chef", "Supir" dan "Bibik".
Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah. Mode pemikiran kita harus mampu di ubah dari 1 tugas kepada tugas lain dengan cepat.
Jadual saya padat setiap hari. Kerana itu saya sediakan 1 ruang khas di dalam rumah sebagai 'ruang informasi'. Saya tampalkan pekeliling dari sekolah untuk aktiviti anak-anak, jadual kelas tambahan, jadual kerja suami, perancangan saya, aktiviti hujung minggu sehinggalah senarai barang dapur yang kehabisan dan sebagainya.
Sesetengah surirumah akan merasakan yang perkara sebegini tidak perlu dan remeh sedangkan perancangan masa dan peraturan waktu adalah sangat penting untuk kita mencapai suatu matlamat sekecil-kecil 'kerja rumah semua dah siap dengan sempurna' di penghujung hari.
Bagi diri saya, waktu pagi saya sibuk dengan menguruskan hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh, menyiram pokok-pokok bunga dan adakalanya saya mula membungkus tempahan pokok seawal 7 pagi untuk di ambil oleh pihak poslaju pada waktu petang.
Di antara waktu saya membuat kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email dan PM di FB. Sambil tunggu baju di cuci di dalam mesin basuh, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Kerja cara begini memerlukan latihan multi-tasking kerana saya percaya tidak semua mampu membuat 2-5 kerja dalam satu-satu masa. Cuba dan latih diri selalu.

Begitulah
rutin harian saya. Jam 10 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk dan genting dalam jadual harian
saya. Pada tempoh itu, ada anak yang pulang dari sekolah agama, perlu di beri makan, di
suruh mandi
dan bersiap ke sekolah kebangsaan. Yang sulung perlu bersiap ke sekolah petang. Anak kedua saya pula akan pulang dari sekolah kebangsaan dan perlu bersiap ke KAFA. Tahun ini bertambah 1 lagi cabaran iaitu bila anak ke-3 saya memasuki Tahun 1 dan langsung tidak mahu menggunak khidmat van sekolah untuk ke sekolah. Tergelincir sedikit dari waktu ‘jadual
harian’
saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Fuh! Menyenaraikan rutin saya pon dah membuatkan saya rasa lelah.
Jika dulu semasa butik saya masih ada, saya bersiap untuk ke butik ditemani anak ke-3 seawal jam 2 petang. Sampai di butik, saya kemas butik pula. Anak di sisi saya sepanjang masa. Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – bungkus barang-barang untuk di poslaju pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Namun sejak kehadiran anak ke- 4, jadual saya hampir tergugat kerana dia seorang yang light sleeper. Bunyi bas lalu di jalan besar sering membuatkan dia tidak tidur nyenyak dan dan ingin melekap dalam pelukan saya sepanjang masa. Maka membesarlah dia dalam gendongan di bahu saya seperti kakaknya, malah dia lebih lama kerana digendong sepanjang masa. Cabaran sungguh.
Dahulu, sayalah yang memandu kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpon begitu, ada masanya saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput mereka pulang. Buat ibu-ibu yang menjemput anak pulang dari sekolah, pasti mereka rasa ibarat terlepas segala kelelahan mengharungi jalan sesak di hujung petang bila anak yang dijemput tersenyum girang, atau bermuka masam, atau teruja nak bercerita. Betul tak?
Sekarang, rutin di butik saya bawa pulang ke rumah. Saya masih menetapkan jadual kerja butik saya bermula dari jam 3 hingga 7 petang. Jika tidak sibuk, masa itu saya gunakan untuk 'berkebun sambil berniaga'. Saya juga menetapkan 'outing' sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk saya keluar dari rumah dengan fokus perniagaan tidak kiralah jika sekadar yang dipanggil window shopping.
Walaupon kita berniaga dari rumah, pejabat kita di rumah, kita masih perlu keluar untuk mengikuti perkembangan semasa perniagaan milik orang lain di luar sana. Jika perniagaan pakaian seperti saya, pastinya kita ingin tahu fesyen apan yang sedang meningkat naik sekarang ataupon sekadar mencari idea untuk mereka fesyen unik atas jenama kita. Oh ya, anak saya bawa sekali ya! Tapi jika keadaan mendesak, jangan malu dan sombong untuk meminta pertolongan. Dalam kes saya, saya akan meminta pertolongan adik atau ibu saya untuk menjaga anak saya. Pastikan jangan lama-lama. Cukuplah sekadar 3 jam maksima. Jika ke Kuala Lumpur dari rumah saya, 1 jam pergi, 1 jam menguruskan hal dan 1 jam perjalanan pulang. Fokus sangat penting.

Kelazimannya, anak-anak pasti inginkan si ibu untuk meminta sesuatu atau mengadu atau sekadar bercerita. Apalagi jika ibunya sentiasa di depan mata. Begitu juga dengan cabaran saya seterusnya. Antara minat, kerja dan anak..yang mana lebih utama. Bagaimana menguruskannya? Nanti saya cerita lagi ya.
.
No comments:
Post a Comment