Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com
Kami
sedang bersiap-sedia untuk pergi berkhemah. Anak-anaklah yang paling x
sabar nak pergi. Mama mereka masih di hadapan PC untuk entri ni.
Jika
dulu, sewaktu anak Etha cuma 2 orang, kami pergi berkhemah setiap kali
musim kenduri melabuhkan tirainya. Ianya satu aktiviti yang perlu di
cari masanya kerana kekangan masa. Mana tidak, Etha dan suami
kedua-duanya bekerja sepenuh masa dan dalam pada yang sama, membuat
pekerjaan sampingan dengan mengendalikan perniagaan perkhidmatan kenduri
kahwin.
Kerja kami memerlukan pengorbanan masa yang amat
kritikal sehingga ada kalanya Etha tidak sempat untuk bertanyakan anak
sulung berkenaan harinya di sekolah. Kasihan dia.
Bila kami dapat
meluangkan masa, kami memilih untuk berkhemah kerana aktiviti ini akan
merapatkan kami dengan tiadanya isyarat telefon bimbit ataupon siaran
televisyen.
Agak
lama juga kami tidak melakukan aktiviti ini. Seingat Etha, sejak Etha
berhenti kerja dan membuka butik. Hujung minggu kami ialah di butik.
Satu
rahmat juga bila butik di pecah masuk dan membuatkan Etha berpindah ke
rumah. Kini, setelah Etha lepaskan perniagaan perkhidmatan perkahwinan
kepada ayah dan adik-adik lain, masa Etha lebih terluang untuk
anak-anak. Tahun ini sahaja, sudah 3 kali kami berkhemah. Sementara
sekolah tidak banyak aktiviti, kan...
Mengapa perkhemahan yang dipilih?
Selain
dari tiada isyarat telefon bimbit dan siaran televisyen, keadaan dalam
hutan yang sepi membuatkan anak-anak mahu dekat dengan kita. Kesempatan
sebegitu kita boleh gunakan dengan sebaiknya untuk bercerita,
bersembang, bertanya, berjenaka dan berseloroh dengan anak-anak.
Semestinya dalam keadaan sebegitu, memori aktiviti akan terpahat kuat di
dalam ingatan anak-anak kerana tiada gangguan lain, cuma kami.
Kita
boleh menceritakan kepada anak-anak mengapa kasut perlu diletakkan
terbalik, mengapa ranting digunakan untuk menghidupkan api dan lebih
menarik jika kita kaitkan subjek sains kepada aktiviti kita. Kita boleh
terangkan mengapa api tidak menyala. Kita boleh ajarkan anak-anak kita
mencipta gadjet perkhemahan seperti tempat letak kasut dan rak
pinggan-mangkuk. Semestinya juga kita boleh ajarkan mereka dengan
nama-nama ikatan asas dan kegunaannya.
Selain daripada itu,
biarkan mereka menjadi peneroka kecil kepada alam sekitar. Biarkan
mereka mengenali serangga dan haiwan hutan seperti belalang kayu,
mentadak, semut bukit, siput, pacat, katak hutan dan belut.
Jangan
lupa didik mereka untuk mengutip segala sampah yang ada di sekeliling
kawasan perkhemahan walaupon bukan kita yang biarkan sampah itu
merata-rata. Perkara ini memang asing kepada orang kita, tetapi ianya
satu kebiasaan semasa Etha pergi ke tapak perkhemahan di USA suatu masa
dulu. Kagum. Sungguhpon mereka bukan Islam, tetapi mereka pembersih.
Sedangkan kita yang Islam yang di ajar untuk jadi suci dan bersih, tanpa
rasa bersalah meninggalkan sampah terbiar di pangkal pokok. Belum lagi
nak diceritakan hal lampin pakai buang yang dibiarkan dicelah-celah batu
di tepi sungai.
Sesetengah orang geli-geleman dengan aktiviti
comot dengan pelbagai haiwan ni. Namun pada Etha, ianya satu bentuk
pendidikan kepada anak-anak. Jimat belanja. Belajar susah. Belajar simple (walaupon mama mereka kadang-kala sangat complicated). Belajar jimat. Belajar untuk jadi kreatif.
Etha pergi dulu, ya! Kami bermalam di sana. Nak ambil feel menulis dari bunyi katak, cengkerik dan ungka kononnya. Tata.
.