Friday, January 20, 2017

Catatan Tahun Baru 2017

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com





Malam tahun baru 2017 macam malam-malam yang biasa. Kami tidak tunggu bunga api pon.

Masa tinggal di rumah flat dulu, tidak perlu pergi jauh-jauh. Dari depan tingkap bilik tidur pon dah boleh nampak 'pesta' bakar mercun dari Pandan Indah sampai ke Cheras. Buka pintu depan, boleh nampak bunga api sampai ke KLCC. Sekarang sepi. Ekonomi tengah merundum agaknya. Selalunya perumahan orang cina berlawan-lawan membakar mercun. Tahun ni, rumah yang sering meriah dengan party tahun baru kelihatan sepi. Berbeza pula di perumahan orang melayu. Kedengaran 2 kali mercun di bakar berdentum menggamatkan hening malam. Orang kaya mungkin.

Pagi tahun baru itu, Etha mengajak suami untuk berkelah di Sungai Chongkak, Hulu Langat yang letaknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan kereta dari rumah kami. Rasanya seakan Etha mahu 'buangkan' segala  tekanan dan kenangan tidak elok yang Etha lalui sepanjang 2016.

Sepanjang tengah hari itu Etha menyusun batu untuk mengempang air agar menjadi satu kolam besar untuk kami anak-beranak. Entah berapa kali batuan tersebut runtuh dan menimpa kaki. Sakit!


Berkali-kali Etha membina dengan bantuan anak-anak, akhirnya siap juga. Air di situ naik dari paras paha ke paras pinggang Etha serta terhasil juga bahagian untuk kanak-kanak berendam secetek paras bawah betis dewasa.

Dari situ Etha refleks kembali beberapa kejadian dalam perniagaan Etha. Empangan itu ibarat dasar, asas dan ilmu yang Etha perlu ada dan jaga dalam perniagaan. Anak-anak yang membantu itu umpama orang lain yang Etha berikan kepercayaan dalam menjalan perniagaan Etha di barisan hadapan. Air yang di empang itu ialah kejayaan. Mereka yang mandi dengan gembira serta ikan-ikan di dalamnya ibarat orang lain yang dapat Etha bantu bila Etha berjaya menjalankan perniagaan dengan baik, contohnya para agen droship yang Etha pernah ada.


Ada kalanya batuan empangan yang Etha bina runtuh di bahagian yang jauh dari tempat Etha berdiri. Maka, anak Ethalah yang membetulkan kembali susunan batu supaya lebih kukuh. Etha perlu beri kepercayaan kepada dia yang dia mampu betulkan. Ada kalanya, dia dapat membetulkan dengan baik malah lebih kukuh dari yang Etha buat.



Begitulah dalam perniagaan. Biar memberi faedah kepada orang lain juga. Ianya perlu di selenggara, di pantau, di baiki agar pendapatan yang kita jana dari perniagaan tersebut tidak menyusut. Kita jangan sombong untuk mendapatkan bantuan dari orang lain. Kita jangan angkuh untuk beri pertolongan pada orang lain. Kita perlu akui kerja berpasukan lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang sekiranya kita sepakat terhadap tujuan yang di tetapkan. Kerja sendirian adalah memenatkan. Kita perlu bersedia untuk penat jika jalan itu yang kita hendakkan.

Etha bertanya kepada diri Etha pada hari itu.

Kuatkan asas aku?

Betulkah cara aku?

Sombongkah aku?
 

Berkirakah aku?


Mungkin juga Etha tertanya sebegitu kerana beberapa bulan sebelum itu, terdapat satu insiden yang sangat meruntuhkan rasa harmoni di dalam jiwa Etha. Etha dilabel oleh seseorang sebagai ego, berkira, cerewet terlampau dan cepat melenting hanya kerana Etha bertanyakan sesuatu yang Etha berhak tahu. Lebih menyedihkan bila bantuan yang Etha dan suami hulurkan diungkit dengan cemuhan. Perkara sebegini selalunya mudah Etha lupakan. Tetapi yang ini, ianya umpama menikam Etha dengan pisau panjang, parutnya dalam dan sakitnya tidak hilang. Bila bantuan kita di cemuh, sesiapa pon pasti terasa. Bila persahabatan yang kita dapat bersifat plastik, berpura-pura dan tidak ikhlas, pasti kita terasa ralat.

Mungkin dia dapat hidup dan tidur seperti biasa. Mungkin itu memang sifat kebiasaan dia. Walaupon dia sudah meminta maaf, namun kerana perkara yang diungkit itu sesuatu yang sudah lepas, yang Etha & suami beri dengan rasa penuh kepercayaan dan ikhlas, Etha terasa ianya umpama kata mainan di bibir dan jari dia. Susah nak percaya. Bila kepercayaan musnah, yang tinggal hanya kenangan tak elok walaupon kita sudah memaafkan.

Moga Etha akan melupakan segalanya.
 
Jangan kecam Etha , ya.

 
Doakan juga agar tahun 2017 menjadi tahun yang baik buat diri Etha.
 

 
 
.

Mas Kahwin Hand Bouquet

Teks :: Etha Bahrom
Video:: Etha Bahrom / FB Gobok The Boutique
Email :: ethabahrom@gmail.com

 
Ini bukan hand bouquet biasa.
  
Yang ini ada duit terselit di situ. Nampak tak?
 
Idea hand bouquet untuk bakal pengantin. Lepas ijab kabul, gunakan jambangan tersebut untuk dipegang semasa bergambar menggantikan bunga pegang yang biasa tu.
 
Menarik kan?
 
Yang berminat boleh terus hubungi Etha ya.

WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique 






.

TIPS : Nota Sebagai Dokumen Rujukan

DOKUMENKAN NOTA ITU!

Teks :: Etha Bahrom

Foto :: Sumber Google
Email :: ethabahrom@gmail.com 








Antara kesilapan peniaga kecil seperti Etha ialah tidak ada dokumentasi kerja. Segalanya hanya ditulis di mana-mana yang sempat. Ada yang hanya mencatat di atas sehelai kertas atau di telefon pintar. Kesudahannya, segala informasi yang penting tidak di dokumenkan dan hanya terbiar merata-rata.

Walaupon kita hanya bekerja dari rumah secara sepenuh atau separuh masa, dan menjalankan operasi kecil-kecilan, kita perlu simpan segala rekod perniagaan dan maklumat pelanggan. Rekod ini kemudiannya boleh dijadikan 1 database maklumat pelanggan kita yang sangat berguna seandainya kita berhasrat untuk membesarkan perniagaan.

 
Percaya atau tidak, semasa Etha masih aktif menjalankan perniagaan pakej kenduri kahwin, hampir semua pelanggan Etha mempunyai 1 fail tersendiri. Terinspirasi dari cerita Hollywood "The Wedding Planner", Etha terasa ingin menjadi seperti watak utama di dalam filem tersebut. 
 
Di dalam fail tersebut lengkap dengan maklumat bakal pengantin, alamat majlis, alamat rumah, nombor telefon bakal pengantin dan orang tua atau kerabat terdekatnya, segala tempahan secara terperinci, tema, permintaan, rekod pembayaran, senarai kelengkapan yang perlu dan sebagainya. Sehinggakan ukuran tinggi rumah dan lebar ruang  tamu pon Etha ukur dan catat untuk memastikan tiada masalah untuk kami menaikkan pelamin nanti.
 

Bertandang ke rumah pelanggan dengan komputer riba atau fail khusus dan buku nota mencetuskan rasa percaya yang luar biasa dari pelanggan-pelanggan Etha. Kepercayaannya sehingga tahap ada yang menyerahkan  perjalanan seluruh majlis kepada Etha asalkan semuanya lancar dan sempurna.
 
Bayangkan, orang yang baru kita kenali menyerahkan kepercayaan penuh kepada kita. Dari situ sahaja sudah menjadi satu bentuk marketing bila segala urusan berpusat kepada kita. Itu belum lagi bila kita menjadi center of attention dan nama kita di sebut dari bibir ke bibir dari depan pelamin sehingga ke belakang dapur. Waktu itu, jika Etha kata Etha kerja dari rumah atau tidak ada butik, memang ramai yang meluahkan rasa tidak percaya kerana imej kerja yang kita tonjolkan. Yang mana mahu terus berurusan dengan kita, jangan lupa berikan kad bisnes. Yang mana mencebik bibir kerana kita hanya BEKERJA DARI RUMAH, biarkan...bukan rezeki kita tu.
 

Semasa Etha mula menjalankan perniagaan secara online di forum, Etha mendidik diri untuk menulis maklumat pelanggan di dalam 1 buku nota khusus yang tebal. TEBAL kerana Etha angankan satu perniagaan yang maju dan ramai pelanggan di dalam tahun itu. Etha mahukan 1 buku untuk 1 tahun. Dapat 2 buku itu sudah 1 bonus.
 
Di dalam buku tersebut Etha tuliskan nickname pelanggan, jenis pakaian yang selalu menarik perhatian pelanggan tersebut, nombor telefon serta maklumat surat-menyurat dan rekod pembelian iaitu jenis pakaian, harga, no transaksi bank serta diskaun yang diberikan. Apabila berkesempatan, segala data ini Etha alihkan ke perisian Excel. Buku sebagai rekod utama, data di dalam Excel sebagai database.

Nampak menyusahkan, kan?
Tetapi bayangkan setelah kita berada 5 tahun di dalam perniagaan yang sama, rekod tersebut membantu kita melihat perubahan trend pembelian, waktu puncak pembelian (berdasarkan tarikh pembelian), bilangan pelanggan tetap dan banyak lagi informasi lain. 

 
Detail tak penjelasan Etha? Moga bermanfaat kepada semua ya!




.

Thursday, January 19, 2017

Dress Kanak-kanak Frozen

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com


   
Cerita kartun Frozen telah menyebabkan 'demam' luar biasa pada kanak-kanak yang sukakan watak puteri. Anak-anak Etha tidak terkecuali dari 'demam' ini. Melihatkan harga gaun keluaran syarikat gergasi cerita kanak-kanak tersebut mencecah RM300 belum termasuk kos pos, Etha akhirnya menjahit sendiri gaun-gaun yang terinspirasi dari gaun-gaun dari cerita itu.

Masih mengekalkan rekaan asal gaun namun Etha ubahkan sedikit agar ianya kelihatan lebih sopan dan sesuai digayakan oleh anak-anak kecil yang sudah berhijab.

 
 
Comel dan sopan kan? Untuk gaun Queen Elsa, bagusnya gaun yang Etha rekakan ini ialah bahagian cape yang boleh ditanggalkan. Ibu-ibu tidak perlu risau dengan kelabuhannya kerana Etha akan ikut arahan ibu-ibu jika mahukan cape yang pendek. Material lycra juga selesa untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Boleh di pakai untuk pergi ke kenduri kahwin, mengaji, majlis harijadi atau ke mana saja.

Harga baju bergantung kepada ketinggian anak (labuh baju). Untuk gaun Princess Anna, Etha terpaksa hentikan sementara waktu kerana warna material yang agak rare dan Etha dah kehabisan stok kain tu.

Minta maaf ya. Etha gunakan English sikit.

GARIS PANDUAN HARGA GAUN QUEEN ELSA
< 7 tahun : RM120.00
7 - 10 tahun : RM135.00
10 - 12 tahun : RM145.00
** Harga tidak termasuk kos pembungkusan dan poslaju
 
MATERIAL:
Plain Lycra & Glitter for dress
Casionic Chiffon for detachable cape

  UUNTUK TEMPAHAN ::
1. WhatsApp ke +6018 231 4479 untuk pertanyaan;
2. Deposit RM50.00 (tidak dipulangkan);
3. Hantarkan ukuran badan kanak-kanak tersebut;
4. Produksi mengambil masa
sekurang-kurangnya 2 minggu mengikut giliran;
5. Buat pembayaran penuh;
6. Dapat baju.



Jumpa lagi!