Showing posts with label Kemahiran dan Kepakaran. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran dan Kepakaran. Show all posts

Thursday, January 19, 2017

Kek Hantaran

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Etha Bahrom / FB Bellylicious Cupcakes
Email :: ethabahrom@gmail.com


 


Malam tadi, Etha dah tayangkan gambar set hantaran dan gubahan mas kahwin. Pagi ini, Etha nak kongsikan gambar kek.

Cantik tak? Kena dengan tema, kan? Mari Etha perkenalkan Bellylicious Cupcakes (FB: Bellylicious Cupcakes) yang dimiliki oleh adik Etha, Fizae Bahrom. Istimewanya dia ni, dia pandai ikut arahan. Penting tu. Sebab kalau tak percaya, sangat banyak kita dengar keluhan pelanggan tentang benda yang di tempah tidak serupa dengan benda yang diterima. Dalam hal ini, kek yang pelanggan mahu (siap beri gambar contoh) langsung tidak sama dengan kek yang pelanggan dapat.

Dengan Fizae, pelanggan boleh berbincang rupa, rasa, jenis kek yang dikehendaki. Harga boleh bincang dengan dia ya. Etha tidak mahir dengan kos kek. Makan memang pandai :)

 
Rasa kek? Mestilah sedap gila. Antara kek yang Etha suka ialah Red Velvet. Terus-terang Etha cakap, dari banyak-banyak kek dari pelbagai bakers yang pernah Etha rasa, kek Red Velvet yang adik Etha buat juga yang paling sedap Etha pernah rasa.
 

 
Harga tempahan hantaran bermula dari RM45.00 (minima 5 dulang) mengikut kepada kesesuaian kos material yang diperlukan. Harga tersebut merangkumi sewaan dulang hantaran, kos material dan caj perkhidmatan.

Yang berminat boleh terus hubungi Etha ya.
 

 
WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique 



.

Wednesday, January 18, 2017

Gubahan Mas Kahwin

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique 
Email :: ethabahrom@gmail.com

 

 


Untuk lengkapkan cerita gubahan hantaran siang tadi, Etha nak tunjukkan gambar mas kahwinnya pula. Caj perkhidmatan gubahan mas kahwin selalunya Etha tak samakan dengan gubahan lain. Samada ianya akan jadi lebih murah atau lebih mahal tergantung kepada apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Bestkan? Pelanggan boleh tetapkan harga...tetapi pelanggan perlu tahu apa yang di minta.

Harga tempahan bermula dari RM45.00 (minima 5 dulang) mengikut kepada kesesuaian kos material yang diperlukan. Harga tersebut merangkumi sewaan dulang hantaran, kos material dan caj perkhidmatan.

Yang berminat boleh terus hubungi Etha ya.
 
 
WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique 





.

Gubahan Hantaran Terkini

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com 



Etha sukakan gubahan simple sebegini. Nampak tenang dan fokus. Tenang sebab tak banyak bunga. Fokus sebab nampak jelas barang hantarannya. Tapi jangan salah faham. Nak mereka gubahan simplelah yang susah. Kadang-kala yang simple itulah yang memerlukan modal yang tinggi. Bukan senang kita nak simplekan sesuatu. Terutamanya orang macam Etha yang suka bagi...bagi...dan bagi lagi. Tapi Etha berjaya juga cetuskan kesimplean itu. Hebat tak?
Harga tempahan bermula dari RM45.00 (minima 5 dulang) mengikut kepada kesesuaian kos material yang diperlukan. Harga tersebut merangkumi sewaan dulang hantaran, kos material dan caj perkhidmatan. Untuk yang nak menempah tema macam ni, harganya dari RM60 sedulang termasuk sewaan dulang, kos material, caj perkhidmatan dan semua Eiffel Tower.
 
Yang berminat boleh terus hubungi Etha ya.

 

WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique 




.


Monday, January 16, 2017

Dari Hobi Kepada Sumber Pendapatan - Bhgn 3

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique / FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com


 
   
Ini salah satu kemahiran dan minat saya. Saya yakin ramai crafters di luar sana pandai buat bunga dari kain perca sebegini. Tetapi saya juga yakin, masing-masing ada sentuhan tersendiri. Kerja sebegini memerlukan kesabaran dan ketelitian. Latihan yang banyak juga diperlukan supaya kain yang dipegang tidak rentung terbakar. Kordinasi mata dan tangan perlu ada supaya kita tidak bakar jari sendiri. Otak perlu cerdas supaya kita tahu selama mana kita hendak bakar tepi kain tu. Nampak macam senang je...macam senang je. Seperti biasa, mesti ada yang minta diskaun bila kita buka jualan bunga macam ni kan? Hasil jahitan tangan jangan di sama nilai dengan hasil jahitan mesin...tak baik, tau. Untuk peniaga, kita perlu tahu nilai hasil kerja kita.

Bagaimana nak tukarkan hobi dan minat kepada sesuatu yang mampu menjana pendapatan? Kita perlu cari gaya dan sentuhan kita tersendiri. Jangan terikut-ikut dangan gaya orang lain. Ambil ilham tak mengapa. Tapi jangan sekali-kali ambil gambar kerja orang lain dan mengaku itu kerja kita. Salah! Salah! Salah!

Mesti ada yang tertanya bagaimana saya menguruskan hal anak-anak2 jika hendak buat bunga macam dalam gambar tu, kan? Senang saja jawapannya - PENGURUSAN MASA.

Saya rasa sudah sampai masanya kebolehan mengurus masa oleh ibu-ibu yang berniaga dari rumah sambil memasak, menjaga rumah dan mengurus anak-anak, diiktiraf sebagai KEPAKARAN. Apalagi jika ibu itu tidak ada pembantu rumah (Nak UP diri sendiri la tu...). Siapa setuju?


Sunday, January 15, 2017

Dari Hobi Kepada Sumber Pendapatan - Bhgn 2

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com





Saya yakin ramai yang suka melancong. Saya antara orangnya. Saya kurang gemar konsep bercuti dengan pemandu pelancong. Sebaliknya, saya menggemari gaya backpackers.

Antara negara yang sering saya lawati ialah Indonesia dan Thailand. Asalnya kerana kos bercuti yang lebih murah dari bercuti di dalam Malaysia (mesti ramai tak percaya). Berbalik kepada ayat saya tadi - gaya backpackers ya! Bila sudah selalu berjalan, saya mula nampak peluang-peluang perniagaan di depan mata. Apatah lagi bila suami seorang yang suka memandang 5 atau 10 tahun ke depan.
 
Segalanya adalah tentang peluang, pelaburan dan masa depan serta kelangsungan hidup untuk anak-anak. Pelbagai peluang perniagaan kami terokai semasa di luar negara antaranya menjual barang dan perabot perhiasan. Ada juga trend yang sudah lama menjadi kebiasaan di negara luar tetapi menjadi sesuatu yang baru di negara kita sehinggakan kami memandang sesama sendiri dengan ayat yang sama di dalam kepala iaitu "LAH!!! KENAPALAH KITA TAK BUAT BISNES NI DARI DULU?"
 
Saya juga pernah menawarkan pakej-pakej murah untuk membawa peniaga yang ingin memborong di Indonesia. Buat seketika, projek kecil saya yang berjalan sebulan sekali memang membantu saya menambah kenalan dalam aliran perniagaan yang sama. Perniagaan seperti ini memerlukan saya cekap menguruskan kos, memperuntukkan masa dan merancang keperluan perjalanan.


Yang seronoknya, saya dan peniaga lain dapat bertukar pengalaman dan pengetahuan. Ada yang langsung tidak kedekut berkongsi idea dan orang hubungan dalam perniagaan tertentu. Ada juga yang cuba 'memotong kaki saya dari bawah'.
 
Walau ada yang mengatakan yang tindakan saya ini umpama menutup periuk nasi sendiri, saya mesti yakin yang rezeki adalah aturan Ar-Razzaq. Bersangka baik walaupon yang hadir dalam hidup kita pada waktu itu bukan perkara yang baik dan mungkin menyakitkan.
    
Segalanya saya mulakan dari kosong. Bukan mudah untuk mendapatkan ilmu atau informasi. Segalanya memerlukan kerja keras dan sedikit kreativiti dalam pencarian.
 
Syukurlah suami saya seorang yang menyokong aktiviti saya yang kadang-kala pelik-pelik. Secara tidak langsung, ini menjadi sumber pendapatan kepada kami sekeluarga. Seronok, kan?



.

Dari Hobi Kepada Sumber Pendapatan

Minat, Kemahiran & Kepakaran
Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com

 

Bila ditanya apa minat saya, terlalu banyak perkara yang melintas dalam kepala. Tetapi kesimpulan dari kesemua minat saya yang tidak ada penghujung ialah saya suka kepada kraf, menjahit, dekorasi dan kerja-kerja DIY.
 
Di rumah, saya tidak tahu duduk bersahaja. Awalnya setelah berpindah ke rumah sekarang, hari-hari saya cuba pastikan rumah saya SENTIASA kelihatan kemas dan tersusun. Tapi dengan cabaran menjaga 4 orang cahayamata yang sedang membesar dan suka mengeksplorasi, saya dapati diri saya berkesudahan dengan rasa kepenatan kerana melakukan sesuatu berulang-kali. Akhirnya, saya membawa aktiviti saya ke luar rumah.

Memandangkan saya suka aktiviti 'Do-It-Yourself' dan 'Upcycling', saya banyak menggunakan bahan terbuang untuk menghias laman dan rumah. Ada yang mengatakan saya seorang yang kedekut untuk berbelanja. Tetapi pada saya, saya seorang yang kreatif dan suka memandang sesuatu dalam perspektif 'MAKE DO'. Cuba lakukan sesuatu dengan apa yang ada. Saya pernah menjual pokok bunga dalam pasu dari botol mineral dengan harga RM5-RM10. Percaya tak?
 
Begitulah juga semasa saya memulakan perniagaan perkhidmatan perkahwinan dengan ayah. Segalanya bermula dengan kanvas terpakai dan besi lebihan serta tambahan modal sebanyak RM400. Saya kurang yakin untuk meminjam wang bagi memulakan perniagaan. Saya perlu kreatif untuk menjana pendapatan dari apa yang saya ada dan apa yang saya boleh serta mampu buat.

Dari sekadar hobi menjahit, saya tambah nilai hasil jahitan jubah dengan bunga dari kain perca dan jahitan manik.
Dari sekadar hobi untuk melihat warna-warna bunga yang berkembangan di laman, saya jual anak-anak pokok dan keratan pokok di Internet untuk jana pendapatan sampingan. Di suatu ketika, dari sekadar aktiviti suka melancong ke luar negara, saya beranikan diri dengan menawarkan perkhidmatan berniaga sambil melancong kepada mereka yang mahu cuba mengimport barangan dari negara-negara jiran. Saya juga membantu merangka beberapa aktiviti ala "Amazing Race" di luar negara untuk mereka yang berkenaan.

Nampak macam tidak fokus, kan? Terlalu banyak yang dilakukan. Tetapi semua pengalaman yang saya kongsi tidak berlaku serentak. Ibarat sumpah-sumpah yang mampu bertukar warna untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekitar, begitu juga saya. Ada kalanya apa yang dirancang, tidak berlaku seperti yang kita mahu. Tidak salah untuk bertukar dan mencuba.

   
Tukarkan hobi dan minat kepada sesuatu yang memberi manfaat. Tidak kira samada ianya dalam bentuk ilmu atau wang ringgit atau kasih sayang. Semuanya mudah jika kita memandang dari perspektif yang positif. Alang-alang nak jadi surirumah, biar jadi surirumah yang setaraf dengan profession professional yang lain. Malah, kita sebenarnya multi-tasking, kita adalah insan yang hebat!






.