Showing posts with label Gaun Tutu / Tutu Dress. Show all posts
Showing posts with label Gaun Tutu / Tutu Dress. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

Gaun Kanak-kanak Muslimah

  
Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique
Email :: ethabahrom@gmail.com




Rasanya warna ungu ni memang antara warna tema yang digemari. Agaknya sebab nampak redup dan touching. Ini gaun yang Etha jahitkan untuk anak-anak pada majlis kenduri kahwin adik Etha. Untuk anak Etha yang ke-2 dan ke-3, Etha jahitkan gaun yang berlengan panjang supaya tidak janggal rupanya bila mereka mengenakan tudung pada acara lain. Untuk si kecil, cukup dengan berlengan pendek dan labuh yang tidak meleret supaya mereka tidak rimas atau tersadung kerana memijak baju sendiri. Gambar Etha di situ cuma sekadar nak menyelit hihihi.

Nak tempah gaun untuk flowergirl? Hubungi Etha untuk di bantu. Gaun boleh di jahit mengikut ukuran badan. Tidak perlu risau isu saiz.
 
Harga bermula dari RM80.00 ke atas untuk gaun kanak-kanak (termasuk kos material) dan RM150 ke atas untuk gaun dewasa (termasuk kos material). Harga adalah mengikut kesesuaian kos material dan saiz badan pelanggan.


 
WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique



Ermm...nak tanya sikit...
Handsome tak pengantin lelaki tu?







.

Tuesday, January 17, 2017

Dress Kanak-Kanak Perempuan

PERKHIDMATAN MENJAHIT
Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Gobok The Boutique
Email :: ethabahrom@gmail.com

  


Salah satu perkhidmatan yang Etha tawarkan dari Home Boutique ialah perkhidmatan menjahit atau menerima tempahan gaun tutu untuk kanak-kanak dan dewasa. Yang masih tidak kenal apa yang di namakan dress tutu, Etha ada sertakan beberapa gambar, boleh klik pada mana-mana label "Gaun Tutu / Tutu Dress" ya.

Gaun ni semuanya bukan ready made. Etha akan jahitkan mengikut ukuran badan empunya gaun. Bagi yang jauh-jauh tu, Etha boleh ajarkan bagaimana nak ambil ukuran badan. Lepas ukur, hantarkan kepada Etha. InsyaAllah gaun akan siap SEKURANG-KURANGNYA dalam tempoh 2 minggu bergantung kepada trafik kerja pada masa tersebut. Gaun yang siap boleh diposlaju kepada anda dengan sedikit tambahan kos pembungkusan dan poslaju.

Istimewanya perkhidmatan yang ditawarkan ini ialah dapat menyelesaikan masalah ukuran badan yang susah untuk mendapatkan saiz baju yang sesuai. Bagi mereka yang terlalu kurus atau mempunyai potongan badan istimewa, tentu anda memerlukan perkhidmatan seperti ini, kan?

Untuk pakaian kanak-kanak, Etha berikan kebebasan kepada ibu-ibu untuk memilih rekaan yang digemari. Etha sedia memberi pendapat serta pandangan jika diperlukan. Untuk wanita dewasa, asalkan menutup aurat, Etha boleh jahitkan. Selain daripada itu, Etha minta maaf awal-awal ya. Etha kurang kemahiran untuk menjahit baju rekaan yang pendek atau senteng atau tiada lengan :)

Jangan segan-segan hubungi Etha untuk makluman lanjut. Harga bermula dari RM80.00 ke atas untuk gaun kanak-kanak (termasuk kos material) dan RM150 ke atas untuk gaun dewasa (termasuk kos material). Harga adalah mengikut kesesuaian kos material dan saiz badan pelanggan. Etha tunggu tau...


 
WhatsApp : +6018 231 4479
FB : GobokTheBoutique
IG : GobokTheBoutique