Showing posts with label Butik di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Butik di Rumah. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Kelas Asas Blog dan Penulisan

  Teks :: Etha Bahrom    Foto :: Akademi Bekerja Di Rumah    Email :: ethabahrom@gmail.com  



Lamanya tak menulis.

Bukan sebab dah malas. Tetapi saya baru berjaya melalui 2 minggu yang padat dan memenatkan. Nanti kita cerita dalam entri lain, ya!

Awal tahun ini, mak saya gelakkan saya bila saya kata saya nak daftar masuk kelas untuk bisnes. Katanya, dah umur macam saya...dengan anak 4 orang, kerja rumah, bisnes, nak urus diri lagi, dengan Syasya hari-hari menangis di sekolah, dengan Alisya yang aktif bergerak - BOLEH KE? Itu persoalan dari mak.

Jika dilihat dari satu sudut, memang saya tidak boleh. Orang yang semuanya nak buat sendiri dan tidak mahu menyusahkan orang lain dengan urusan yang bukan hal dia pasti akan faham betapa saya rasa perkara ini umpama menjerat diri untuk menjadi lebih 'tidak ada masa'.
Namun, Allah bukakan jalan. Saya akhirnya mendaftar untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan dengan Puan Masayu Ahmad. Berjaya habis pulak tu. Tepukan untuk diri sendiri!

Tengok tajuk kelas, macam senang saja, kan? Macam...itupon nak ambil kelas ke? Memang senang kalau kita biasa buat. Untuk orang macam saya, blog memang bukan platform saya. Jadi, segala tempat yang saya perlu klik, perlu buat, perlu bina dan perlu tahu  membuatkan saya rasa sedikit kegusaran, rasa menggelabah, rasa hilang keyakinan sementara dan rasa MALAS. Walaupon konsepnya hampir sama dengan membina web dan ianya merupakan 'makanan' saya suatu masa dahulu, saya masih tidak faham motif blog. Bila tidak faham, mulalah rasa tersangkut.

Alhamdulillah. Dengan bantuan ahli kumpulan khususnya Puan Masayu, siap juga tugasan yang diberikan. Walau tidak berkelip atau berwarna-warni, namun saya percaya dengan keperluan content yang berisi dari make-up yang cantik agar bermanfaat kepada orang lain yang membacanya.

Saya dah nampak jalan bagaimana untuk memanfaatkan blogspot. Saya mulai faham bagaimana untuk kita letakkan diri kita di dalam dunia online melalui blog. Dan yang paling penting, saya dah tahu tulis blog dan dah ada blog.

Saya teringat kata-kata sahabat baik saya. Adakalanya, kebiasaan kita pada hari-hari yang kita lalui merupakan perkara yang luar biasa pada orang lain. Kadang-kala, perkara yang kita lakukan sambil santai boleh menjadi sumber inspirasi kepada insan lain. Saya mahu menjadi punca orang lain memajukan diri biarpon sekecil-kecil perkara seperti "alah...kerja kat rumah je ponnn"

Moga saya terus dapat memanfaatkan ilmu dari kelas ini untuk menyalurkan inspirasi kepada ibu-ibu lain. Bekerja dari rumah bukanlah satu kekurangan tetapi ianya memerlukan lebih dari 1001 kebolehan kerjaya lain. 

Terima kasih, Puan Masayu Ahmad!

Thursday, January 26, 2017

TIPS : Terma Dan Syarat Berurusniaga

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Sumber GOOGLE
Email :: ethabahrom@gmail.com







Seperti mana di dalam Islam yang menekankan aspek akad di dalam jual-beli, kita terjemahkan akad tersebut di dalam bentuk yang lebih umum yang boleh kita panggil 'Terma dan Syarat'.


Walaupon Etha pada suatu masa dahulu tidak mempunya premis perniagaan yang gah dan hanya berniaga di dalam talian, Etha tegas menetapkan beberapa terma dan syarat di dalam urusniaga.


Meskipon perkara ini kelihatan remeh. Ianya bertujuan untuk melindungi perniagaan kita dari segelintir pembeli yang tidak faham erti akad jual-beli, atau dalam bahasa mudahnya, mengambil kesempatan.


Contoh mudah yang perlu di letakkan di dalam terma dan syarat ialah tempoh pembayaran, tempoh tempahan, tempoh penghantaran, penafian dan syarat pemulangan.

Pamerkan atau umumkan terma dan syarat perniagaan kita sebaiknya bila pelanggan mula bertanyakan tentang barang jualan kita. Dengan adanya terma dan syarat dalam perniagaan, kita boleh rujuk kembali panduan pembelian yang telah kita tetapkan bila berlakunya apa-apa masalah.

Sebagai contoh, BOOKING. apabila pelanggan tersebut mahukan baju yang kita jual, tetapi beliau tidak mempunyai wang yang secukupnya. Kita boleh rujuk kembali panduan tempahan (jika ada). Berapa % jumlah yang perlu di bayar untuk booking, bila tempoh bayaran penuh dan apa akan jadi sekiranya tiada pembayaran selepas tempoh tersebut.

Mudah sahaja sebenarnya, kan? Bila kita sudah jelaskan kepada pelanggan, dan pelanggan tetap mahu membeli, bermakna pelanggan tahu terma kita di dalam urusan tersebut. Jika berlakunya kejadian yang tidak di ingini seperti pelanggan tidak membayar baki untuk pembelian dalam tempoh booking, barangnya telah diletakkan kembali untuk jualan dan ianya diviralkan di dalam media sosial, sekurang-kurangnya peniaga ada menyimpan rekod yang pembeli sudah dimaklumkan dan kita hanya menurut terma yang telah dipersetujui bersama pada waktu tersebut.

Dah ada terma dan syarat? Buatlah sekarang...demi perniagaan anda!




.

Wednesday, January 25, 2017

Ruang Kerja Di Rumah

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com

Ingat tak Etha pernah kata, kita kena sediakan ruang untuk kita berkerja walaupon ianya hanya bahagian dinding di dalam rumah kita?

OK. Itu cara Etha masa Etha tinggal di rumah flat berbelas tahun dahulu. Memang dinding sahaja. Macam-macam Etha tampal atas dinding tu. Sekarang rezeki Allah beri, kami dapat tinggal di dalam rumah yang ada basement.

Asalnya basement ni kami buat untuk dijadikan pejabat kecil kami atau Small-Office-Home-Office (SOHO) serta tempat kami meraikan tetamu sekiranya kami mengadakan apa-apa majlis. Tetapi bila kejadian pecah masuk butik tu berlaku, Etha ambil keputusan untuk menggunakan dan transformasikan ruangan ini sebagai Home Boutique. Orang tua kata, ruang kosong di dalam rumah, jika tidak digunakan lama-lama, ianya akan jadi tempat syaitan dan jin berumah-kampung. Ha ha ha. Mari kita transform ruang itu!

Etha kongsi bagaimana Etha tukar ruang kerja Etha dari dinding yang bosan, kepada dinding yang sarat dengan idea. Ruang yang biasa-biasa, menjadi ruang untuk Etha memotivasikan diri supaya menjahit dengan kadar rempitan luar biasa pada hari-hari luar biasa.


Bosan je, kan?


Acu wallpaper sikit... Beli yang murah je. Janji cantik!


Nampak tak betapa berbezanya rupa dinding tu?
SIAP!!! Inilah keadaannya pada hari-hari tenang. Waktu sibuk - bersepah gila!


Benang, jika tersusun rapi, ianya akan jadi sebahagian dari dekorasi. Kotak-kotak yang Etha guna di beli di kedai RM2. Kebanyakan bekas simpanan yang Etha guna ialah kotak kuih raya, tin biskut dan kotak simpan makanan. Kitar semula saja. Tapi hasilnya, cantik kan?

Etha suka sangat spot ni. Kalau dah termasuk kat situ, memang susah nak keluar balik. Moga anda dapat buat ruang kerja yang lebih cantik dari Etha punya. Biar berkobar-kobar sepanjang masa.


.

Tuesday, January 24, 2017

Kerja Dari Rumah

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com




2 hari tak post apa-apa. Mari Etha kenalkan penyeri butik di rumah Etha.

Ini Alisya. Anak Etha yang ke-4. Dia ni memang x berapa supporting bila masuk bab 'tolong behave, mama nak kerja' atau 'Alisya main ya, mama nak work'. Hmmphh...


Siapa ada cerita yang sama?


Pelik, kan? Anak kita boleh main tanpa mengganggu kita bila kita sekadar duduk di depan tv. Macam Etha, sebaik sahaja Etha bentang kain di atas meja dan pegang gunting, Alisya pasti akan datang untuk 'menolong'. Asal Etha pegang bunga untuk di gubah, dia pasti akan duduk sekali untuk 'menolong' juga. Macammana kerja nak siap ni?


Mempunyai anak kecil sambil kerja dari rumah memang menduga kesabaran kita. Apalagi bila kita nampak rakan-rakan peniaga kita meluncur laju menceritakan kehebatan angka jualan masing-masing atau berkongsi kisah pencapaian mereka.


Jangan cepat rasa geram. Jangan cepat rasa marah. Kita perlu letak keutamaan di dalam hidup kita. Mungkin sesetengah orang tidak bersetuju dengan pendapat Etha. Kita kembali kepada tujuan utama kita berhenti kerja, atau tujuan utama kita bekerja dari rumah. Jika jawapannya ialah 'agar kita mudah menguruskan anak-anak' atau 'nampak anak membesar depan mata', maka tetapkan hati untuk anak-anak sebagai perkara no.1 sebelum perkara yang berkaitan bisnes kita.


Seseorang pernah berkata pada Etha. "If you cannot walk through it, walk AROUND it". Maknanya jika kita tidak boleh berbuat sesuatu itu dengan cara mengubah sifat sesuatu itu, maka kita lah yang kena mengubah diri agar kita mampu menempuhinya. Deep.



Moga dipermudahkan, ya!

Saturday, January 21, 2017

STOK LELONG - Kaftan Berlabuci

Email :: ethabahrom@gmail.com
WhatsApp : +6018 231 4479

FB : GobokTheBoutique

IG : GobokTheBoutique


Lagi Stok kaftan untuk di lelong. Diskaun 20% sampai stok habis ya. Harga yang tertera ialah harga yang belum diskaun. TIDAK TERMASUK KOS PEMBUNGKUSAN DAN PEMBAYARAN.


Perlu pakai inner. Sesuai dipakai dengan pareo, skirt labuh, kain batik atau palazzo. Setiap satu tinggal sehelai sahaja.

Kaftan,Sifon Organza Berlabuci
Luas Dada 52", Lubang Lengan 19", Labuh 34"

WhatsApp : +6018 231 4479
Nyatakan kod dan warna
Kaftan,Sifon Organza Berlabuci
Luas Dada 52", Lubang Lengan 19", Labuh 34"

WhatsApp : +6018 231 4479
Nyatakan kod dan warna
  


Kaftan,Sifon Organza Berlabuci
Luas Dada 52", Lubang Lengan 19", Labuh 34"

WhatsApp : +6018 231 4479
Nyatakan kod dan warna


Kaftan,Sifon Organza Berlabuci
Luas Dada 52", Lubang Lengan 19", Labuh 34"

WhatsApp : +6018 231 4479
Nyatakan kod dan warna


Kaftan,Sifon Organza Berlabuci
Luas Dada 52", Lubang Lengan 19", Labuh 34"

WhatsApp : +6018 231 4479
Nyatakan kod dan warna




.

Friday, January 20, 2017

TIPS : Nota Sebagai Dokumen Rujukan

DOKUMENKAN NOTA ITU!

Teks :: Etha Bahrom

Foto :: Sumber Google
Email :: ethabahrom@gmail.com 








Antara kesilapan peniaga kecil seperti Etha ialah tidak ada dokumentasi kerja. Segalanya hanya ditulis di mana-mana yang sempat. Ada yang hanya mencatat di atas sehelai kertas atau di telefon pintar. Kesudahannya, segala informasi yang penting tidak di dokumenkan dan hanya terbiar merata-rata.

Walaupon kita hanya bekerja dari rumah secara sepenuh atau separuh masa, dan menjalankan operasi kecil-kecilan, kita perlu simpan segala rekod perniagaan dan maklumat pelanggan. Rekod ini kemudiannya boleh dijadikan 1 database maklumat pelanggan kita yang sangat berguna seandainya kita berhasrat untuk membesarkan perniagaan.

 
Percaya atau tidak, semasa Etha masih aktif menjalankan perniagaan pakej kenduri kahwin, hampir semua pelanggan Etha mempunyai 1 fail tersendiri. Terinspirasi dari cerita Hollywood "The Wedding Planner", Etha terasa ingin menjadi seperti watak utama di dalam filem tersebut. 
 
Di dalam fail tersebut lengkap dengan maklumat bakal pengantin, alamat majlis, alamat rumah, nombor telefon bakal pengantin dan orang tua atau kerabat terdekatnya, segala tempahan secara terperinci, tema, permintaan, rekod pembayaran, senarai kelengkapan yang perlu dan sebagainya. Sehinggakan ukuran tinggi rumah dan lebar ruang  tamu pon Etha ukur dan catat untuk memastikan tiada masalah untuk kami menaikkan pelamin nanti.
 

Bertandang ke rumah pelanggan dengan komputer riba atau fail khusus dan buku nota mencetuskan rasa percaya yang luar biasa dari pelanggan-pelanggan Etha. Kepercayaannya sehingga tahap ada yang menyerahkan  perjalanan seluruh majlis kepada Etha asalkan semuanya lancar dan sempurna.
 
Bayangkan, orang yang baru kita kenali menyerahkan kepercayaan penuh kepada kita. Dari situ sahaja sudah menjadi satu bentuk marketing bila segala urusan berpusat kepada kita. Itu belum lagi bila kita menjadi center of attention dan nama kita di sebut dari bibir ke bibir dari depan pelamin sehingga ke belakang dapur. Waktu itu, jika Etha kata Etha kerja dari rumah atau tidak ada butik, memang ramai yang meluahkan rasa tidak percaya kerana imej kerja yang kita tonjolkan. Yang mana mahu terus berurusan dengan kita, jangan lupa berikan kad bisnes. Yang mana mencebik bibir kerana kita hanya BEKERJA DARI RUMAH, biarkan...bukan rezeki kita tu.
 

Semasa Etha mula menjalankan perniagaan secara online di forum, Etha mendidik diri untuk menulis maklumat pelanggan di dalam 1 buku nota khusus yang tebal. TEBAL kerana Etha angankan satu perniagaan yang maju dan ramai pelanggan di dalam tahun itu. Etha mahukan 1 buku untuk 1 tahun. Dapat 2 buku itu sudah 1 bonus.
 
Di dalam buku tersebut Etha tuliskan nickname pelanggan, jenis pakaian yang selalu menarik perhatian pelanggan tersebut, nombor telefon serta maklumat surat-menyurat dan rekod pembelian iaitu jenis pakaian, harga, no transaksi bank serta diskaun yang diberikan. Apabila berkesempatan, segala data ini Etha alihkan ke perisian Excel. Buku sebagai rekod utama, data di dalam Excel sebagai database.

Nampak menyusahkan, kan?
Tetapi bayangkan setelah kita berada 5 tahun di dalam perniagaan yang sama, rekod tersebut membantu kita melihat perubahan trend pembelian, waktu puncak pembelian (berdasarkan tarikh pembelian), bilangan pelanggan tetap dan banyak lagi informasi lain. 

 
Detail tak penjelasan Etha? Moga bermanfaat kepada semua ya!




.

Thursday, January 19, 2017

TIPS : Pentingnya Ruang Bekerja

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com


Bila kita berkata "saya bekerja dari rumah". Pelbagai tanggapan dan gambaran boleh muncul dalam kepala. Pernah suatu ketika dulu, Etha dan teman-teman peniaga online berseloroh tentang keadaan kami semasa menjawab email dan Private Message masing-masing. Ada yang mengakui sambil berbaring dengan komputer riba di atas katil, ada yang mengadap komputer dengan sarapan di sebelah (waktu itu smartphone belum wujud dalam kamus kami), ada yang duduk di sofa di hadapan TV, ada yang mengaku bedak sejuk masih di muka dengan berbaju kaftan dan tidak kurang juga ada yang menghabiskan masa berjam-jam di kafe cyber. Itulah kenyataan peniaga online. Biar apapon rupanya, yang penting perniagaan harus berjalan dengan baik.

Petang ini Etha tayang sedikit ruang menjahit Etha di bawah rumah. Keadaannya bukan hari-hari begini. Ada harinya penuh dengan habuk kain dan bersepah. Ada harinya kosong seperti dalam gambar.

Di pejabat, kita pasti disediakan dengan satu meja dan kerusi untuk menjalankan tugasan kita. Tidak kiralah besar atau kecil, pasti akan ada 1 ruangan khusus untuk kita duduk dan menyiapkan kerja. MENGAPA TIDAK DIPRAKTIKKAN DI RUMAH?

Teratur dan tersusun. Ianya sangat penting bila kita bekerja sendiri. Jangan jadikan alasan "tidak ada meja lebih" atau "tidak ada ruang" atau "tinggal di rumah flat" untuk kita buat kerja di mana kita suka atau untuk tidak memulakan apa yang kita mahu.

Etha memulakan perniagaan pakaian semasa kami sekeluarga tinggal di rumah flat. Kediaman dengan keluasan terhad membuatkan kami menggunakan ketinggian rumah secara maksima agar tidak mengganggu keluasan lantai yang ada. Segala rak yang kami buat secara DIY semuanya setinggi siling kami. Pastikan ianya kukuh di ikat ke dinding untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Etha tidak membenarkan pelanggan yang baru dikenali untuk datang ke rumah pada waktu itu. Antara faktornya, ialah keselamatan dan keselesaan. Rumah yang kecil membolehkan pelanggan kita mudah bergerak dari 1 ruang ke ruang lain. Jika seorang, kita boleh kawal dan perhatikan. Jika ramai dan ditambah dengan kerenah anak2, ianya menjadi satu faktor tidak sesuai melainkan jika kita menempatkan pejabat atau ruang pameran di dalam satu bilik khusus.

Cari 1 ruang khas untuk kita susun serta simpankan stok, atau 1 papan kenyataan kecil untuk kita tampalkan nota, atau mungkin paparkan jadual kerja biarpon ianya hanya sebuah meja kopi, sebuah kotak, sebuah almari kecil atau cuma 1 dinding di satu sudut di dalam rumah.

Untuk mereka yang menjual pakaian seperti Etha, sediakan 1 tempat khusus untuk menyimpan stok contohnya penggunaan rak buku atau rak besi. Untuk mereka yang mempunyai kediaman yang kecil dengan anak2 kecil, penggunaan rak untuk menggantung pakaian memang tidak sesuai. Ianya mengambil keluasan lantai yang ada dan mungkin menyebabkan pakaian jualan kita kotor dipegang anak kecil yang baru lepas makan cokelat atau kita sendiri yang tidak sengaja mengotorkannya.

Bagaimana sekarang?

Dah dapat ilham di mana ruang kerja anda?

(katakan tidak pada tilam!)




.





Wednesday, January 18, 2017

Akademi Bekerja Di Rumah

Belajar Biar Berguru

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com



Ajaran sesat.
Malu bertanya sesat jalan.
Hendak belajar berenang, dapatkan itik. Hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.

Bagai air mencari jenisnya.
Ilmu itu pelita hati.



Pernah tak dengar ungkapan-ungkapan atau peribahasa-peribahasa tadi?

J
ika kita inginkan kemampuan untuk berbuat sesuatu, kita kena tahu apa yang kita nak buat. Kita kena tahu caranya. Jika tidak tahu cara, kita perlu belajar. Jika kurang pasti, kita mesti bertanya. Dunia pemasaran semakin hari semakin berubah caranya walaupon tujuannya masih sama - memasarkan, mendapatkan perhatian pengguna, menjual, memperoleh keuntungan, close sale dan sebagainya.

Walaupon saya pernah belajar ilmu pemasaran, belum bermakna saya pandai berniaga. Sungguhpon saya tahu asasnya, namun caranya berbeza tergantung kepada medium pemasaran yang ingin saya gunakan. Sebab itu di dalam satu organisasi, ada yang jadi boss, ada yang jadi jurujual, ada yang jadi setiausaha atau pembantu peribadi dan macam-macam lagi nama jawatan. Tapi di dalam konteks kita yang bekerja sendiri dari rumah, hampir segalanya kita buat sendiri, kan? Jadi serba sedikit, ilmu memang perlu ada dalam diri. Barang yang baik, idea yang bagus atau rekaan yang hebat tidak akan dikenali ramai jika kita tidak tahu cara untuk mendapat perhatian yang sewajarnya.

Menyedari perubahan trend kepada cara pemasaran dari sependek-pendek tagline suatu masa dahulu sehingga sepanjang-panjang karangan SPM pada zaman sekarang, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan. Saya gigihkan diri untuk mendaftarkan diri ke kelas penulisan blog. Tujuannya ialah agar saya asah kemampuan diri saya di dalam penulisan. Saya perlukan seseorang untuk memandu-arah saya ketika menulis. Saya perlukan objektif yang jelas dengan matlamat yang tepat.

Nampak simple kan? Percayalah. SUSAH. Sebagai seorang usahawan, sudah lama saya pakukan objektif serta matlamat perniagaan di dalam kepala saya. Tetapi dengan trend sekarang yang memerlukan kita menulis ayat iklan berkajang-kajang, saya gagal di situ.

Semoga dengan langkah kecil ini mampu membantu saya untuk bersaing dengan mereka yang pandai menulis karangan pemasaran hebat atau ayat pendek yang padat.






.

Tuesday, January 17, 2017

Butik Di Rumah

Konsep Bekerja Dari Rumah

Teks :: Etha Bahrom
Foto :: FB Etha Bahrom
Email :: ethabahrom@gmail.com


Home Boutique Waktu Mula-Mula Berpindah ke Rumah
   
Bila ada rakan yang sudah lama tidak berjumpa datang berkunjung ke rumah, soalannya pasti menjurus kepada bagaimana saya menguruskan rumah dan kerja dalam masa yang sama. Ada yang ingin tahu mengapa saya pindahkan butik ke rumah. Ada yang sekadar mengagumi sambil mengatakan bahawa saya beruntung kerana ada suami yang memahami, mahu bekerjasama dan yang paling penting, mempunyai pendapatan tetap dari gaji bulanan. Mana boleh saya sangkal bab beruntung tu, tetapi bila diceritakan rutin harian saya yang penuh dan sarat setiap hari, pasti soalan yang keluar ialah "Tidak mahu cari pembantu ke?". Jangan kagumi saya, saya seperti ibu-ibu yang lain. Sama.

Bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin dari kerja-kerja lain yang ada terutamanya bila kita memegang jawatan “SURIRUMAH SEPARUH MASA” dan “IBU SEPENUH MASA” dan “USAHAWAN”. Belum lagi jika saya gunakan nama "Chief Operating Officer", "House Manager", "Chef", "Supir" dan "Bibik". 

 
Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah. Mode pemikiran kita harus mampu di ubah dari 1 tugas kepada tugas lain dengan cepat.

Jadual saya padat setiap hari. Kerana itu saya sediakan 1 ruang khas di dalam rumah sebagai 'ruang informasi'. Saya tampalkan pekeliling dari sekolah untuk aktiviti anak-anak, jadual kelas tambahan, jadual kerja suami, perancangan saya, aktiviti hujung minggu sehinggalah senarai barang dapur yang kehabisan dan sebagainya.
 
Sesetengah surirumah akan merasakan yang perkara sebegini tidak perlu dan remeh sedangkan perancangan masa dan peraturan waktu adalah sangat penting untuk kita mencapai suatu matlamat sekecil-kecil 'kerja rumah semua dah siap dengan sempurna' di penghujung hari.

Bagi diri saya, waktu pagi saya sibuk dengan menguruskan hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh, menyiram pokok-pokok bunga dan adakalanya saya mula membungkus tempahan pokok seawal 7 pagi untuk di ambil oleh pihak poslaju pada waktu petang.

 
Di antara waktu saya membuat kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email dan PM di FB. Sambil tunggu baju di cuci di dalam mesin basuh, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Kerja cara begini memerlukan latihan multi-tasking kerana saya percaya tidak semua mampu membuat 2-5 kerja dalam satu-satu masa. Cuba dan latih diri selalu.

Begitulah rutin harian saya. Jam 10 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk dan genting dalam jadual harian saya. Pada tempoh itu, ada anak yang  pulang dari sekolah agama, perlu di beri makan, di suruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan. Yang sulung perlu bersiap ke sekolah petang. Anak kedua saya pula akan pulang dari sekolah kebangsaan dan perlu bersiap ke KAFA. Tahun ini bertambah 1 lagi cabaran iaitu bila anak ke-3 saya memasuki Tahun 1 dan langsung tidak mahu menggunak khidmat van sekolah untuk ke sekolah. Tergelincir sedikit dari waktu ‘jadual harian’ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Fuh! Menyenaraikan rutin saya pon dah membuatkan saya rasa lelah.

Jika dulu semasa butik saya masih ada, saya bersiap untuk ke butik ditemani anak ke-3 seawal jam 2 petang. Sampai di butik, saya kemas butik pula. Anak di sisi saya sepanjang masa. Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – bungkus barang-barang untuk di poslaju pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Namun sejak kehadiran anak ke- 4, jadual saya hampir tergugat kerana dia seorang yang light sleeper. Bunyi bas lalu di jalan besar sering membuatkan dia tidak tidur nyenyak dan dan ingin melekap dalam pelukan saya sepanjang masa. Maka membesarlah dia dalam gendongan di bahu saya seperti kakaknya, malah dia lebih lama kerana digendong sepanjang masa. Cabaran sungguh.

Dahulu, sayalah yang memandu kereta untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpon begitu, ada masanya saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput mereka pulang. Buat ibu-ibu yang menjemput anak pulang dari sekolah, pasti mereka rasa ibarat terlepas segala kelelahan mengharungi jalan sesak di hujung petang bila anak yang dijemput tersenyum girang, atau bermuka masam, atau teruja nak bercerita. Betul tak?

Sekarang, rutin di butik saya bawa pulang ke rumah. Saya masih menetapkan jadual kerja butik saya bermula dari jam 3 hingga 7 petang. Jika tidak sibuk, masa itu saya gunakan untuk 'berkebun sambil berniaga'. Saya juga menetapkan 'outing' sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk saya keluar dari rumah dengan fokus perniagaan tidak kiralah jika sekadar yang dipanggil window shopping.  


Walaupon kita berniaga dari rumah, pejabat kita di rumah, kita masih perlu keluar untuk mengikuti perkembangan semasa perniagaan milik orang lain di luar sana. Jika perniagaan pakaian seperti saya, pastinya kita ingin tahu fesyen apan yang sedang meningkat naik sekarang ataupon sekadar mencari idea untuk mereka fesyen unik atas jenama kita. Oh ya, anak saya bawa sekali ya! Tapi jika keadaan mendesak, jangan malu dan sombong untuk meminta pertolongan. Dalam kes saya, saya akan meminta pertolongan adik atau ibu saya untuk menjaga anak saya. Pastikan jangan lama-lama. Cukuplah sekadar 3 jam maksima. Jika ke Kuala Lumpur dari rumah saya, 1 jam pergi, 1 jam menguruskan hal dan 1 jam perjalanan pulang. Fokus sangat penting.

Kelazimannya, anak-anak pasti inginkan si ibu untuk meminta sesuatu atau mengadu atau sekadar bercerita. Apalagi jika ibunya sentiasa di depan mata. Begitu juga dengan cabaran saya seterusnya. Antara minat, kerja dan anak..yang mana lebih utama. Bagaimana menguruskannya? Nanti saya cerita lagi ya.



.